Sunday, March 20, 2011

eSATA - standard baru storan luaran


SATA direka sebagai teknologi pemuka dalaman atau di dalam komputer, yang menawarkan prestasi dipertingkatkan dan ciri baru untuk storan dalaman PC.

Pembangunan produk berteknologi Serial ATA (SATA) luaran (external) atau singkatannya eSATA masih di peringkat awal. Senario ini dijangka berubah apabila semakin banyak pemacu yang menyokong eSATA muncul. Kebanyakan produk awalnya adalah storan luaran yang melengkapi peralatan elektronik pengguna seperti konsol permainan video dan perakam video peribadi (PVR). Storan luaran yang dilengkapi eSATA mempunyai lebih keanjalan malah mungkin berpotensi menggantikan fungsi pemacu keras dalaman sistem.

Pada mulanya SATA direka sebagai teknologi pemuka dalaman atau di dalam komputer, yang menawarkan prestasi dipertingkatkan dan ciri baru untuk storan dalaman PC atau peralatan pengguna. Namun perekanya cepat menyedari bahawa pemuka baru ini boleh diperluaskan hingga ke bahagian keluar PC, menawarkan prestasi dan ciri sama kepada keperluan storan luaran tanpa terlalu bergantung kepada pemuka USB atau FireWire (IEEE 1394). Kim, ia boleh menjadi pemuka alternatif untuk menghubungkan peranti di luar PC.


PEMUKA BARU STORAN LUARAN
Selain dipanggil SATA luaran atau eSATA, perantinya boleh disambung menggunakan kabel yang bersalut dan panjangnya boleh mencecah sehingga dua meter di bahagian luar PC. SATA kini boleh berada di luar komputer sebagai standard luaran. Kabel dan penghubungnya pula direka khas untuk memenuhi keperluan isyaratnya yang telah dijadikan standard baru pada pertengahan 2004. Secara amnya eSATA menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding sambungan yang sedia ada selain senang untuk dipasang atau ditanggalkan.

Storan luaran yang dilengkapi standard eSATA dikatakan tiga kali lebih laju daripada storan luaran semasa yang dilengkapi standard USB 2.0 dan Firewire 400. Ia menawarkan sambungan luaran yang mantap malah mesra pengguna. Standard ini menawarkan prestasi lebih tinggi untuk storan tambahan yang berkos efektif. Selain itu, ia turut menggunakan kabel dan sambungan yang berpelindung dan panjang kabelnya sehingga dua meter. Namun, eSATA memerlukan kabel kuasa berasingan dan panjang kabelnya juga masih terbatas.

Aplikasi eSATA meliputi storan luaran yang boleh disambungkan pada notebook, PC, peralatan elektronik pengguna dan pelayan tahap rendah. Banyak pemacu keras hari ini menggunakan pemuka USB, FireWire, atau kedua-duanya. Dari segi kelajuan puncak, kedua-dua pemuka itu tidak selaju eSATA. Secara teorinya, ia berkompromi dengan prestasi pemacu. Tetapi, dalam ujian sebenar, semua standard menunjukkan kadar pemindahan di bawah nilai puncaknya, selain perbezaan antara platform seperti Macintosh dan Windows.

Banyak pemacu keras luaran dengan pemuka USB atau FireWire menggunakan pemacu ATA di dalamnya. Cuma ia menggunakan cip penghubung yang boleh menterjemahkan protokol ATA menjadi protokol USB atau FireWire yang digunakan untuk sambungan. Pemuka ini perlu mengurung atau menukarkan data yang diangkutnya kemudian membuka semula apabila data itu diterima. Pertukaran protokol ini dikatakan telah mengurangkan kecekapan bas PC, melonjak penggunaan CPU atau perlukan cip khas untuk membantu PC.

Manakala eSATA tidak menimbulkan isu pertukaran protokol seperti USB atau IEEE 1394 tadi. Kelebihan ini sesuai untuk pemacu luaran berprestasi tinggi dengan port eSATA. Pada asasnya ia menggunakan kabel sepanjang dua meter. Ketika ini, kebanyakan papan induk PC belum dilengkapi sambungan untuk eSATA. Namun, kemudahan eSATA ini boleh disediakan dengan menambah "adapter" atau "bracket" penghubung untuk eSATA untuk sistem PC desktop. Manakala Cardbus atau ExpressCard eSATA pula untuk notebook.

Tidak dinafikan teknologi USB dan FireWire telah memberi manfaat besar kepada pembuat storan external. Cuma prestasinya masih belum setanding dengan prestasi pemacu keras dalaman. Berdasarkan kemajuan semasa standard baru storan luaran ini, eSATA telah mula memasuki pasaran dengan kemunculan produk, contohnya storan luaran. Artikel ini akan memberi gambaran lanjut mengenai eSATA, cara ia dibandingkan dengan format yang sedia ada dan keupayaan yang ditawarkannya untuk melengkapi storan luaran terkini.


KELEBIHAN USB & FIREWIRE
Sebelum mengetahui lebih lanjut kelebihan yang dijanjikan oleh pemuka SATA luaran atau eSATA, adalah lebih elok jika diteliti dahulu pemuka USB dan FireWire. Kedua-dua pemuka ini sudah sekian lama muncul di pasaran. Pemuka bersiri berkelajuan tinggi ini menyediakan sambungan untuk komputer dan peralatan luaran. Pemuka USB lebih umum untuk kegunaan pelbagai jenis perkakasan seperti papan kekunci, tetikus, pengimbas, dan pencetak. Manakala pemuka FireWire pula agak eksklusif untuk kegunaaan storan luaran.

Meskipun kedua-dua pemuka ini digunakan untuk storan luaran, namun pemacu sebenar yang digunakan di dalam storan luaran masih menggunakan pemuka IDE seperti yang melengkapi pemacu keras dalaman. Ini bermakna “sarung” (enclosure) yang menempatkan pemacu keras tersebut menyediakan satu perantara atau jejambat yang boleh menukar isyarat dari pemuka USB atau FireWire kepada pemuka IDE yang digunakan pada pemacu. Pertukaran ini menyebabkan beberapa kesan penurunan pada keseluruhan prestasi pemacu.

Kelebihan ketara pemuka USB dan FireWire berbanding pemuka IDE ialah keupayaan menukar perantinya dengan mudah. Jadi, pengguna mudah menambah atau menanggal pemacu dari sistem. Ciri ini menjadikan pasaran storan luaran terus melonjak sejak kebelakangan ini. Manakala eSATA memiliki port "multiplier" yang membolehkan sambungan tunggal untuk menghubungkan beberapa pemacu eSATA secara bersiri. Ini sekaligus membolehkan storan luaran lain disambung pada port eSATA yang terdapat pada storan luaran.


PERBEDAAN ESATA & SATA
Sebenarnya eSATA merupakan sebahagian daripada spesifikasi tambahan bagi standard pemuka SATA. la bukan fungsi utama tetapi sambungan yang boleh ditambah pada peranti pengawal dan peranti luaran. Bagi membolehkan eSATA berfungsi dengan baik, pengawalnya clan peranti luaran mesti menyokong ciri SATA yang diperlukan. Ini penting terutamanya apabila banyak pengawal SATA dan pemacu generasi awal tidak menyokong keupayaan menukar peranti dengan mudah. Ciri ini penting untuk pemuka luaran berfungsi.

Sungguhpun eSATA menjadi sebahagian daripada spesifikasi pemuka SATA, ia menggunakan sambungan fizikal yang sangat berbeza dengan penghubung SATA dalaman. Kabel ini menyediakan sambungan bersiri berkelajuan tinggi yang digunakan untuk memindahkan isyarat yang dilindungi. la juga menawarkan kabel dengan panjang keseluruhan dua meter berbanding satu meter untuk kabel dalaman. Hasilnya, penggunaan kedua-dua jenis kabel ini tidak boleh saling ditukar ganti. Dengan kata lain eSATA mempunyai kabel khas.

Storan luaran eSATA lebih laju kerana tiada pertukaran isyarat di antara pemuka yang berlainan. Jadi, jika casis storan luaran dilengkapi port eSATA dan cakera keras di dalamnya dilengkapi pemuka SATA, maka kelajuan storan luaran ini patut sama dengan kelajuan pemacu SATA dalaman. Secara teorinya (Jadual 1), kelajuan SATA dua kali ganda lebih laju berbanding FireWire dan 25 kali lebih laju berbanding USB. Jika peranti eSATA yang dengan pemuka 3Gbps (lebih laju) digunakan, maka pontensi kelajuannya lebih besar.

Kebanyakan papan induk PC clan sistem pada ketika ini tidak dilengkapi dengan penghubung eSATA. Jadi, anda perlu memasang samada adaptor PCI atau PCI Card yang dilengkapi penghubung atau menggunakan "bracket" PCI yang menukar penghubung SATAluaran kepada penghubung eSATA di bahagian belakang PC. Terdapat juga "sarung" untuk pemacu yang agak terhad bilangannya ketika ini yang dilengkapi dengan penghubung eSATA. Namun, senario ini dijangkakan akan berubah dari masa ke semasa. Tunggu clan lihat.